Selasa, 17 Mac 2009

Bismillahirrahmanirrahim!

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnyasejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresapkedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepasmembaca doa).Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam)

6. Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

____________________________________________________________________

Isnin, 16 Mac 2009

JaNgAn SeBaR AiB oRaNg, JaNgAn BuKa AiB sEnDiRi

aslm wbt

meh hari ni kita baca beberapa hadis, pendek kata aku nak buat ringkasan pengajaran dari hadis-hadis di bawah ini ialah:

1) Jangan suka bukak aib orang. Ni sape mengajar g fwd gambar orang wat maksiat, gambar mcm-mcm le. Orang yang tak tahu jd tahu. Esok-esok Allah bukak aib kita ka akhirat nanti.

2) Kalau dah buat maksiat tu tak payahlah jujur sangat bagitau orang. Ni pergi bukak pekung di dada, tu bukan jujur namanya. Allah dah tutup dosa-dosa kita dari pengetahuan orang lain, so xyahle nak bukak.

Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.)

Sesungguhnya seorang penguasa, apabila dia mencari-cari kesalahan rakyatnya, bererti dia merosakkan mereka. (Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4889)

Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat. (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078]. Imam Ibn Majah meletakkan hadis ini dalam bahagian Kitab al-Hudud, Bab menutup kesalahan seorang mukmin dan mengelak hukuman hudud disebabkan syubhat.)


Saling memaafkanlah terhadap (jenayah) hudud yang berlaku di antara kalian kerana (sesuatu jenayah) hudud yang sampai kepada aku, maka wajib dikenakan hukumannya. (Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4376).
 
Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya. (Shahih al-Bukhari, hadis no: 6784)

Sesiapa yang berdosa di dunia dengan melakukan sesuatu dosa lalu dikenakan hukuman ke atasnya disebabkan dosanya itu, maka Allah Maha Adil daripada melipat gandakan hukuman-Nya ke atas hamba-Nya. Dan sesiapa yang berdosa dengan satu dosa di dunia lalu Allah menutupi ke atasnya, maka Allah Maha Mulia daripada mengenakan hukuman ke atas sesuatu yang telah Dia maafkan. (Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no: 775)

_______________________________________________________________________________________

Ahad, 15 Mac 2009

Renungkan lah....

Bayangkan tiba-tiba pintu rumah diketuk,pintu dibuka,
Ya Allah Rasulullah rupa-rupanya!!!

Barangkali kita berasa gembira, takjub, pemimpin paling agung muncul dipintu.
Mungkin kita bersalam, memeluk baginda, diajak baginda moga-moga sudi bermalam dirumah,

atau barangkali kita berfikir,meminta Rasulullah tunggu di pintu, rumah bersepah perlu dikemas,
tandas kotor perlu dibasuh,VCD 'adult rated' dimana harus disorok?
majalah-majalah picisan dimana hendak disimpan?

atau barangkali segera balik ke bilik, bagi muslimin seluar pendek perlu ditukar,
terkial-kial mencari pelikat, poster artis perlu dicabut, diganti dengan ayat seribu dinar,
pemberian peminta sedekah yang diletak di bawah katil.

atau barangkali malu, abah tak pernah jadi imam solat di rumah,
mama tercari-cari tudung dalam stor, jiran tetangga tak pernah kenal,
surau dekat rumah tak tahu kat mana, mengaji Al-Quran sebulan sekali.

atau barangkali kita terfikir, bagaimana dengan adik-adikku?
adik-adik selalu menyanyi, zikir dan Al-Quran jauh sekali,
abang hafal nama pemain man U, artis, artis, namun tidak keluarga baginda,
sahabat baginda yang baginda kasihi, tengok VCD hari-hari, Korea, Jepun, Inggeris, Al-Quran??
"Ala...sibuk la.." Buku agama?? "Exam agama lambat lagi.."

atau barangkali kita segan, baju kakak semua ketat,
baju yang ok ada 2,3 helai, baju kurung tanpa tudung,
yang dipakai setiap hari Isnin dan Jumaat untuk ke kuliah.

Kita mengaku cintakan Rasulullah, buktinya?
semasa Maulidur Rasul kita berarak,perang selawat kita selawat,
tapi tak faham apa-apa.habis berarak umpat urusetia majlis.

"Sunnah nabi?Apa tu?"."Dakwah? Ala..JAKIM kan ada..aku bukan ustaz/ustazah.."

______________________________________________________________________